Masa cukup pantas berlalu... Sudah 2 minggu kenangan yang aku kategorikan sebagai antara yang terindah tahun ini diabadikan didalam kotak memoriku... Memang, kalau hendak diikutkan hati, ingin aku ulangi saat saat manis itu...
Pada 9 – 10 September yang lepas, aku dan rakan rakan menghabiskan cuti hujung minggu menjalani aktiviti Hari Keluarga department aku... Kalian masih ingat lagi tak satu entry “Akan Datang” yang aku publishkan sebelum ini? Entry tu sebenarnya berkaitan dengan Hari Keluarga aku ni lah...Masa aku hantar entry tu, aku baru pulang ke Kuala Lumpur dan tidak sempat nak taip dan masukkan gambar... Maafkan aku... Badan pun penat sangat dan tak de mood nak menaip... Masih lagi dalam mode bercuti... Heheheheeee....
Kami satu department memilih Fraser’s Silverpark Resort untuk destinasi percutian dan Hari Keluarga kali ini... Sebelum ni pun, aku pernah buat satu entry pasal tempat ni, jadi tidak perlulah aku ulas dan bercerita lagi... Elok aku bercerita tentang apa yang aku dan kawan kawan buat kat sana... Memang seronok dan happy... Dah lama aku dan kawan kawan tak beriadah macam ni... Tidak silap aku, kali terakhir aku buat family outing pada tahun 2004 kat Port Dickson... Kali ini, saja tukar angin buat kat tanah tinggi pulak... Insya Allah, next outing ingat nak buat kat pulau atau pun kat Malaysia Timur (sama ada Sabah atau Sarawak)... Kalau berjalan, aku ingat nak buat trip ke Taman Negara... Tengoklah macam mana... Bergantung pada respon dan bajet... Insya Allah... Aku ni memang suka sangat berjalan lebih lebih lagi kalau pergi tempat yang berlatarbelakangkan keindahan alam semulajadi... Aku suka tempat yang banyak pokok, ada air sungai, ada air terjun, ada tasik, kawasan pergunungan dan sebagainya... Bagi aku, tempat2 macam ni banyak mengembalikan kesedaran aku terhadap kurniaan Allah disamping aku dapat menenangkan fikiran aku...
Ok, dah melalut pulak aku ni... Berbalik pada cerita family day aku ni, kami bertolak menggunakan kereta sendiri dari pejabat... Kira konvoi keretalah... Ada 10 biji semuanya dan selebih tu bertolak dari rumah... Bila dah susun kereta, rasa macam excited sangat... Tak sabar sabar nak jalan... Perjalanan dari Kuala Lumpur melalui trunk road Rawang – Ulu Yam memang mengasyikkan... Pukul 9.00 pagi kami bertolak, dekat pukul 1.00 tengahari kami tiba di puncak Fraser... Memang seronok sebab kami lalu banyak kawasan seperti Ulu Yam, Kuala Kubu Bahru dan sebagainya... Bila aku melepasi beberapa pekan kecil, hati aku tersentuh melihat pembangunan disana... Aku bayangkan, tempat yang begitu terpencil, jauh dari bandar besar, masih terdapat populasi manusia tinggal disana... Bagaimanalah agaknya kehidupan sebenar mereka? Walaupun jauh, tapi mereka masih boleh hidup bahagia dan aman damai! Aku rasa kagum sekejap...
Sewaktu tiba, perkara pertama yang aku lakukan ialah mengisi perut aku yang sedia maklum lapar. Jauh juga perjalanan kami... Sesudah makan dan menunggu tibanya waktu tele-match, aku sempat berehat didalam bilik, mandi dan solat. Bila semua selesai, aku bergerak ke tempat tele-match yang terletak agak jauh juga... Kalau nak menapak, memang penat dan berpeluhlah juga... Kawasan apartment yang aku sewa ni pula memang tidak ada kawasan untuk beriadah... Atas bukit dan keadaan mukabumi memang tidak rata... Jadi, kami terpaksa menaiki kereta pergi ke padang yang berhampiran... Suasana ketika itu memang nyaman... Jauh dari kesibukan kota dan pencemaran... Masa main tele-match tu, memang seronok sangat dan kadang kala aku dan rakan2 rasa seolah olah berada diluar negara... Pada mulanya, keadaan memang OK tapi bila dah nak sampai ke penghujung tele-match, keadaan agak sejuk sikit dan berkabus... Agak tebal juga tapi itu semua tidak melunturkan semangat kami semua meneruskan permainan... Rasa seronok, kelakar dan gembira melihat gelagat kanak kanak dan orang tua ketika bermain... Gelak sampai terkeluar air mata... Macam2 style aku tengok... Baguslah, sekurang kurangnya tercapai juga hasrat aku ingin melihat kegembiraan semua orang...
Dekat pukul 5.30 petang, semuanya selesai... Kami bertolak pulang ke apartment masing masing untuk mandi, solat, berehat dan bersiap sedia untuk makan malam... Ada diantara kami sempat lagi lepak dekat pekan minum teh tarik... Aku tak dapat nak join sebab aku kena lead bawak yang lain lain balik ke apartment... Kebanyakkan mereka memang tak tahu jalan... Bagi mengelakkan daripada sesat dalam kabus tebal, aku pikul tanggungjawab itu... Lagipun, aku ada banyak benda yang hendak diuruskan dengan pihak penganjur sebelum makan malam...
Selepas solat Maghrib, kami semua turun ke tempat makan... Seperti yang dijanjikan, makanan ala ala barat (BBQ) telah siap dihidang... Bila pandang meja buffet, memang menyelerakan... Macam2 pilihan yang ada... Rasa macam semunya hendak dimakan... Itulah kalau diikutkan nafsu... Seperti yang dirancang, program malam diisi dengan pelbagai jenis aktiviti... Kira kami semua tak duduk diamlah... Ada saja yang nak kena buat... Ada game budak budak seperti musical chair, fashion show dan children dancing manakala untuk mak/bapak budak pun turut disediakan... Geli hati aku bila melihat orang orang tua ni main musical chair dan mummy wrap... Kira tak kering gusilah semua yang hadir... At the end, tak delah malam tu boring saja... Acara wajib iaitu karaoke pun turut disertakan... Tapi karaoke kali ini, aku dan kawan kawan dah modified supaya jadi lain sikit... Acara ini dibahagi kepada dua bahagian iaitu yang pertama Pick A Song dimana setiap peserta akan diminta memilih satu lagu yang dia suka untuk dinyanyikan separuh... kemudian peserta tersebut akan menyerahkan kepada peserta lain (mana mana yang dia suka) untuk menyambung nyanyian tersebut... Jika peserta tersebut tahu akan lagu itu, kira untung dan selamatlah... Kalau tidak, merasalah semua orang akan bersorak dan ketawa dengan persembahan mereka... Macam aku, nasib baik aku kena sambung lagu P. Ramlee – Barang Yang Lepas, Jangan Dikenang... Kira OK lah tu sebab aku tahu banyak lagu P. Ramlee... Untuk lagu pilihan aku pulak, aku memilih lagu Anuar Zain – Bila Resah untuk didendangkan dan diserahkan kepada peserta seterusnya...
Persembahan karaoke bahagian kedua pula merupakan persembahan berkumpulan... Yang ni aku tak tahan sungguh sebab kena nyanyi lagu pompuan... Kalian tahu lagu apa? Tekalah.... Lagu Britney Spears – One More Time!! Aduuhhhhhhh.... Tak reti den..... Apa boleh buat, belasah sajalah... Dah sudah tu, group aku buat something extra, group dancing!... Kira antara group yang lain tu, group aku je yang buat lain sikit... Heheheheheeeee... At the end, aku menang karaoke dan group aku menang persembahan berkumpulan... Memang seronok dan kelakar waktu tu... Dalam sejuk sejuk berkabus tu, boleh lagi kami semua nak bergelak tawa...
Sedar atau tidak, perjalanan aktiviti family day aku dah nak sampai ke penghujung... Pengalaman 2 hari, 1 malam di Fraser’s Silverpark Resort memang menyeronokkan... Rasa macam hendak saja aku hentikan masa... Pagi tu ramai yang bangun lewat... Maklumlah, masing2 melepaskan kepenatan selepas aktiviti tele-match... Sebelum pulang, kami sempat lagi buat satu aktiviti iaitu Treasure Hunt yang meliputi hampir separuh kawasan Bukit Fraser... Aku pun sempat meninjau kawasan sekitar dimana treasure telah disorokkan... Dalam perjalanan tu, sempat juga aku bertanya peserta tentang perasaan mereka dan sebagainya... Rata rata rasa seronok dan penat... Maklumlah, kena jalan kaki turun dan naik bukit... Kalau aku pun, aku semput....
Selepas selesai sesi penyampaian hadiah, ramai peserta balik ke apartment dan bersiap sedia untuk bertolak pulang... Aku???... Aku hari tu check out lambat sikit sebab nak bawak budak budak berjalan ke tempat air terjun... Tak delah best sangat tapi OK lah juga... Yang paling penting, air sungai tu bersih dan jernih... Nak mandi tak boleh sebab terlalu sejuk walaupun hari panas terik... Tulah, kalau dah kawasan berbukit, nak buat macam mana...
Aku bertolak turun dari Bukit Fraser lebih kurang pukul 3.00 petang... Aku tak terus balik tapi pergi berjalan kat kawasan sekitar, ambil gambar dan sebagainya... Masa nak balik tu pun, hari dah mula gelap nak hujan jadi tak delah lama sangat kat sana... Walaupun penat, aku rasa seronok yang teramat sangat... Inilah salah satu pengalaman menarik dan istimewa aku tahun ini...
Ok, yang lain2 tu, kalian tengoklah gambar... Letih pulak aku nak taip ni...