Syukur kehadrat Ilahi kerana hari ini aku diberi peluang untuk meneruskan kehidupan seperti sedia kala...
Alhamdulillah, hari ini sudah selesai 3 hari umat Islam berpuasa... Rasa seronok yang teramat sangat... Bila aku lawat laman blog kengkawan yang lain, ramai yang menceritakan tentang pengalaman dan hari hari mereka menjalani ibadah puasa... Syukur... Masing masing mempunyai cerita yang tersendiri yang aku rasakan cukup menarik untuk dibaca... Tak boring...
Hari ini, memang hari menduga aku... Tahu tak kenapa? Kerana hari ini aku terpaksa menempuh beberapa rintangan yang agak memenatkan... Alhamdulillah, memandangkan aku pernah susah sebelum ini, situasi begini umpama "alah bisa tegal biasa"... Sebelum ni pun pernah kena, jadi aku dah tahu apa nak kena buat...
Ceritanya macam ni, selepas sahur... as usual, aku terus bersiap untuk ke tempat kerja... Kalau sampai awal, boleh balik awal... Jadi aku dah aim nak datang awal sebab aku nak balik awal... Boleh aku tolong mak buat apa yang patut... So, dengan bersemangatnya aku bersiap... Bila dah dekat pukul 7.00, aku pun keluar rumah... Memang tiap tiap hari aku drive ke tempat kerja sebab kalau nak naik public transport, bukan tak leh... Satu sebab kos yang berlipat ganda dan payah dan keduanya tempat kerja aku boleh tahan jauhnya... Gombak - Bangsar... Jadi, dari bersusah payah naik kenderaan awam, baik aku bawa kereta...
Jadi, aku pun startlah kereta aku... Bila nak start, enjin tak nak hidup... Aku cuba sekali lagi... Sama juga... "Eh... ape kena pulak kereta aku nih... Allahhu Akbarrr... Janganlah ada masalah..." detik hatiku... Aku nak cepat nih... Aku cuba sekali lagi, pun tak mahu juga... Terus kereta aku tu auto-lock dan alarm berbunyi... Ermm... panik la sekejap... Kalau dulu aku kena kat stesen minyak kali ini nasib baik kat depan rumah... Aku tenangkan diri, cuba off kan alarm dan buka bonet kereta... Aku suspect bateri kereta aku dah kong!... Semalam, masa balik dari pejabat memang OK... Nasib baik OK... Aku check enjin dan bateri kereta, nampak macam OK... Air bateri tak kering... Minyak enjin diparas biasa... Air radiator tak kering... Everything seems to be fine... Tapi still tak boleh nak hidup... Kalau semuanya OK, still tak boleh nak hidup juga, aku cuba method lain... Aku on kan radio dan lampu kereta... Sah, bateri aku dah kong sebab radio tak boleh on dan lampu kereta malap!...
Terpaksa aku tinggalkan kereta aku kat umah dan naik kenderaan awam... As usual aku dah mula rasa aku akan lambat sampai kepejabat... Aku ingatkan nak tumpang kawan aku, tapi memandangkan dah dekat pukul 8.00, aku cancel perancangan aku sebab tak nak menyusahkan dia... Eloklah aku tanggung sendiri masalah aku hari ini...
Untuk ketempat kerja aku, aku kena naik bas (Rapid KL) sehingga ke stesen LRT... Ambil LRT sampaila ke Stesen Masjid dan kemudian tukar tren ke PUTRA LRT sampai ke Bangsar... Kos semua dari rumah ke tempat kerja dalam RM4.00 pergi dan RM4.00 balik... Jumlah sehari RM8.00 lah... Kalau nak naik bas terus ke tempat kerja pun boleh... Tapi aku kena turun naik bas lah jawabnya... Tukar tukar sebab bas sekarang tak pergi direct ke satu tempat... Route nya pendek pendek...
Bila dah kena naik perkhidmatan awam, kenalah terima hakikat bahawa kita tidak akan rasa seselesa menaiki kenderaan sendiri... Aku naik bas yang boleh tahan penuhnya, naik LRT dan PUTRA... LRT kira OK lagi, tak padat sangat... Cuma yang aku tak tahan ketika naik PUTRA... Tiap2 hari memang macam ikan sardin dalam tin!! Tadi, Tuhan saja yang tahu perasaan dalam hati aku ni... Terpaksa kena tolak dan berhimpit himpit dengan orang ramai... Kalau aku biarkan dan tak naik dulu, sampai pukul 11.00 pagi pun aku tak gerenti akan sampai office...
Walaupun berasak asak, aku tetap bersyukur kerana aku sampai juga ke pejabat dalam waktu yang ditetapkan... Cuma kalau hendak dibandingkan dengan waktu biasa, memang aku lewat... Jadi hari ini kira first time lah... It's OK, nak buat macam mana kan... Dah sampai office, Subhanallah.... Aku tertinggal pas masuk ke pejabat aku kat dalam kereta... Biasalah, pas masuk aku tu aku combine sekali dengan pas masuk parking... Bila balik, aku memang tak masukkan dalam beg kerja aku... Aku tinggalkan dalam kereta... Malas nak berangkut kehulu kehilir... Memenuhkan beg aku aje... Hari ini, kereta aku tak de, aku terlupa nak bawa keluar pas tu... Terpaksa aku tumpang kawan yang baru sampai untuk masuk... Kira hari ini, nama aku tak keluar dalam rekod kedatangan... Ermm.....
Kerja boleh tahan banyak gak hari ini... Aku settlekan perlahan lahan... Memang takkan habis tapi bergeraklah juga sikit sikit... Petang, ketika nak balik aku kena mengharungi perjalanan seperti pagi tadi... Memang mencabar... Macam explorace lak aku...
Nasib baik kawan aku yang satu pejabat nak tumpangkan dan hantar aku sampai kerumah... Tapi kami still kena ambil PUTRA juga sebab dia parking keretanya di Stesen Kampung Baru... Dia tak parking kat basement car park office... Sampai kat Kg Baru, kami menaiki kereta dan kawan aku singgah jab kat Pasar Ramadan disana... Besar gak... On the way, kami berhenti kat service centre yang aku selalu pergi sebab nak kena beli bateri baru... Inilah kali pertama aku pasang sendiri bateri kereta aku... Sebelum ni, mekanik yang tolong pasang... Sebenarnya, tak susah mana pun... Senang saja... Tapi yang tak sanggup tu, nak kena angkut naik dan bawa keluar bateri tulah... Bateri ni bukannya ringan... Boleh tahan beratnya juga... Lenguh la juga tangan aku ni...
Aku siap pasang bateri tu, ngam ngam masuk waktu berbuka... Alhamdulillah, kereta aku dah OK semula... Esok, bolehlah aku datang awal seperti biasa...
Begitulah dugaan aku hari ini... Bukanlah mencabar mana pun tapi cukup memenatkan... Terasa selepas tarawikh tadi, badan aku letih yang teramat sangat... Mata pun dah mula mengantuk... Pergi ke masjid tadi jalan kaki pulak... Lagilahhhhh.....

Beginilah keadaan PUTRA setiap hari.. Memang padat.. Gambar ini diambil sebelum tren mula penuh sesak...

Benda yang menduga aku hari ini...