Tuesday, 5 September 2006

Aku mengenalinya satu ketika dahulu dengan harapan dapat berkawan dengannya... Tiada perasaan suka apatah lagi cinta... Semuanya atas dasar persahabatan semata mata...

Dia merupakan insan yang istimewa... Istimewa dimata kasarku ini... Datang dari keluarga yang susah... Ayah dan ibu berpisah semasa dia masih kecil dan mempunyai adik beradik yang ramai... Kalau hendak diikuti kisah hidupnya, memang menyayat hati... Tidak sanggup untuk aku huraikan satu persatu... Cukuplah sekadar aku rumuskan bahawa kisahnya memang amat memilukan... Sebagai insan yang berjiwa halus, aku memahami keadaan dirinya...

Aku berkawan bukan kerana simpati, tetapi atas dasar keikhlasan yang terbit dengan sendirinya... Jauh sekali aku memandang rupa... Tiada dalam kamus hatiku berkawan dengan orang berdasarkan personaliti... Itu semua PALSU!! Aku tidak percaya pada luaran seseorang dan seperti yang telah aku ceritakan sebelum ini, keikhlasan hatilah kunci segala galanya...

Saban hari kami berjumpa dialam maya, aku mengenali dirinya... Satu persatu tentang dirinya aku ketahui dan pelajari... Secara tidak langsung, menjadikan kami agak rapat... Aku kenali hati budinya, cara dan perwatakannya, sifat dan perangainya dan lain lain lagi... Jika hendak dibukukan, lengkap satu cerita... Orangnya jujur dan lurus bendul... Berjiwa penyayang dan sensitif serta cukup menarik dari segi perwatakan dan penampilan... Jika orang lain melihatnya, pasti akan jatuh cinta!!... Aku? Tipulah jikalau aku mengatakan aku tiada perasaan terhadap dirinya... Cuma aku tidak mahu melayan kehendak hati... Dalam mindaku cuma satu, aku hanya ingin berkawan... Ya! berkawan dan tidak lebih dari itu...

Perkenalan kami bermula secara kebetulan... Aku sendiri tidak menjangka akan bertemu sidia... Aku ingatkan dia jenis yang sombong dan memilih rakan tapi aku silap!... Aku tidak seharusnya berfikiran begitu... Aku tidak sangka bila sapaan aku dibalas... Dan dari situlah bermula segala cerita antara aku dan dia...

Aku tidak pasti sama ada dia selesa berkawan dengan orang seperti aku... Insan yang serba kekurangan ini... Bagaimana jika dia mengharapkan sesuatu dari aku? Bolehkah aku memenuhinya?? Ahhh... persetankan semua itu... Jika dia benar benar ikhlas berkawan, mengapa mesti aku rasa risau? Mengapa mesti rasa malu dan takut? Inilah bukti yang perlu aku cari... Aku harus berpegang dengan prinsipku setiap masa... Aku harus beringat siapa dia disisi aku... Hanya seorang rakan!

Cuma peristiwa yang berlaku baru baru ini membuatkan aku trauma seketika... Aku tergamam dan terkejut dengan tingkahlakunya... Aku keliru dan terfikir siapakah yang bersalah... Dengan tidak semena mena dia berubah laku... Akukah puncanya ?? Akukah yang bersalah?? Jalan penyelesaian harus dicari... Aku selidik satu persatu dimana silapnya... Jika benar akulah punca segala sengketa, ingin aku memohon maaf... Aku tidak mahu dilabel sebagai perosak segala galanya... Aku bukan begitu...

Bersyukur aku kehadrat Ilahi kerana semua yang terjadi adalah salah faham... Aku menjadi mangsa keadaan... Tidak kisahlah... Yang penting, keadaan kembali jernih... Sebagai seorang yang memahami dirinya, aku cuba berikan yang terbaik... Tiada balasan yang aku harapkan cuma kegembiraan dan kesenangan buat dirinya... Jika aku terdaya, ingin aku usir awan hitam yang menyelubungi kehidupannya selama ini...
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.