Wednesday, 9 August 2006

Today....

Aku tak tahu macam mane aku nak terangkan... It was a bad day for me... Actually, semua ini bukanlah berpunca dari aku... Kadang kadang, rasa malas nak fikir pasal semua ini... Lagi difikirkan, lagi menambah sakit dihati...

Kadang kala, ingin aku pendamkan semuanya... Tapi sebagai seorang manusia, seringkali aku tidak berdaya... Aku tidak dapat menahan perasaan dihati... Aku tak kisah dan menerima jika memang salah aku, aku dimarahi... Tapi kalau dah terang terang bukan akulah penyebabnya, mengapa mesti aku menanggung segalanya??...

Aku tak sangka, aku fikirkan mungkin jika ianya berlarutan akan melibatkan orang orang tertentu sahaja... Tapi hari ini, aku terpaksa membuat muka tebal dan menanggung 'malu' atas apa yang orang lain katakan padaku... Bila aku fikir balik, bukanlah niat aku untuk merumitkan keadaan... Aku ingin menyelesaikan segala masalah yang melanda... Aku sendiri tidak faham, atas kapasiti apakah aku diperlakukan begini? Padahal, aku mempunyai hak untuk berkata dan meluahkan pandangan aku...

Entahlah, rasa sedih pun ada juga... Sedih bila mengenangkan siapa 'diri' aku dikalangan mereka... Aku sedar kedudukan aku dimana... Dalam situasi tertentu, aku memang sangat sangat diperlukan... Tapi bila keadaan berubah, aku pulak menjadi mangsa keadaan... Adalah beberapa rakan yang terkejut dengan apa yang berlaku... Rasa marah dan terkilan mereka turut dinyatakan bila mereka berbual denganku... Aku faham dan aku dah jelaskan kedudukan sebenar... Mereka pulak lebih memahami karenah 'kawan - kawan' mereka yang terlibat dalam kemelut ini... Aku serahkan kepada mereka untuk menilai...

As far as I'm concern, aku dah curahkan pandangan aku... Aku dah beri pendapat... Aku dah buat sebaik mungkin... Segalanya telah aku lakukan... Dan jika mereka tidak mahu terima, apa lagi daya yang boleh aku lakukan?

Aku pasrah !!!
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.