Tuesday, 25 July 2006

Seharian aku asyik teringatkan seseorang... Seseorang yang pernah ku kenali...

Entah kenape bila aku cuba untuk memberi perhatian pada kerja2 diatas meja, aku hilang arah dan konsentrasi... Makin lama aku paksa, makin sukar untuk aku lupakan dia... Kenape? Kenape ini terjadi padaku? Adakah aku merinduinya? Atau aku sudah mula jatuh cinta???...

Tidak! Semua ini mustahil... Mustahil untuk aku terima... Mana mungkin aku sudah jatuh hati padanya... Mana mungkin dia akan menyukai dan menyayangi diriku yang tiada apa apa ini... Aku tidak mahu memikirkan mengenai perkara ini lagi... Cukuplah sekali aku berada didalam buaian cinta... Tidak sanggup lagi menghadapinya...

Aku buat tak tahu saja... Tidak mahu melayan perasaan yang datang dihati ini... Tapi kadangkala, hanyut juga... Dia kini sedang bertakhta didalam jiwa... Aduhhh... Ape yang harus aku buat? Aku tak berdaya untuk menolak... Aku tidak berdaya untuk menahan... Kemelut hati semakin memuncak... Memberontak ingin mendapatkan kepastian... Adakah benar apa yang aku fikirkan? Atau sekadar mainan perasaan???....

Aku teringat pesan ahli keluarga dan rakan rakan, jika diturutkan perasaan, maka binasalah badan... Tidak!! Aku takkan membiarkan perasaan menguasai diriku lagi... Aku takkan membiarkan nafsu mengatasi akal fikiran... Biar apa yang terjadi, aku pasrah dan redha...
Ku berdoa, semoga Tuhan sentiasa memberikanku semangat dan kekuatan dalam mengharungi setiap cabaran... Ku yakin Dia bersamaku.... Setiap detik dan waktu....
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.