Sunday, 23 July 2006


Lately nih, fikiran aku banyak melayang... Melayang memikirkan banyak perkara... Disamping kerja yang tak pernah putus dan dengan masalah itu dan ini, aku banyak teringatkan orang disekeliling aku...

Semua ini aku anggap sebagai dugaan yang paling hebat dalam hidup aku... Aku akui, hati aku cepat tersentuh dan mudah kesiankan orang... Pernah beberapa kali aku menghadapi kesulitan gara gara perangai orang lain... Mungkin kalian semua menganggap aku terlalu berlembut dengan orang sehingga mengabaikan diri sendiri... Hakikatnya, aku sendiri tidak tahu bagaimana harus aku lakukan jika perkara yang tidak sedap berlaku... Semuanya terjadi dalam sekelip mata...

Kisah hidup aku tidak seperti orang lain... Memang aku paham, kita semua mempunyai kisah yang tersendiri, boleh jadi menarik dan boleh jadi yang tak menarik... Macam aku, buat masa ini.. banyak kisah yang sedap didengar berlaku keatas diriku... Bukan untuk mengadu domba tapi sekadar ingin bercerita tentang rasa isi hati aku yang sebenar... Mungkin dapat dijadikan pengajaran buat kita semua...

Aku tak paham, kenapa manusia sering mengambil kesempatan keatas diri orang lain... Mengapa mesti ada sifat dengki mendengki dan iri hati sesama kita? Tidak cukupkah dengan apa yang diperolehi selama ini?? Aku rasa terkilan bila kejujuran aku disalah gunakan... Aku terkejut, dengan keadaan diriku ini, masih ada lagi golongan golongan yang tidak berhati perut mengambil peluang untuk kepentingan diri mereka... Benar, aku tidak kisah dengan pendapat orang lain... Mereka boleh bercakap apa sahaja... Siapa aku untuk menolak semua itu?... Mungkin ada yang marah dengan aku kerana aku tidak berfikir secara waras dan mengelak dari terus dipergunakan... Memang senang untuk berkata tapi sukar untuk memahami apa sebenarnya yang berlaku... Semua ini bukanlah berpunca dari diriku tetapi sikap rakus segelintir manusia yang tidak tahu dan tidak mengenal erti dosa dan pahala...

Biarlah... Aku pasrah dan akur dengan ketentuan hidupku ini... Semua ini ku anggap sebagai satu dugaan dari Allah SWT... Apa yang mampu aku lakukan sekarang ialah berdoa kepada Tuhan agar mereka semua diberi pembalasan yang setimpal atas apa yang telah mereka lakukan... Aku juga memohon agar diberikan petunjuk, hidayat dan kekuatan dalam mengharungi ranjau hidup yang berliku ini.... Aku bersyukur kerana masih mempunyai pegangan yang kuat yang dapat menangkis anasir2 yang tak baik dari membelenggu diriku ini... Sokongan dari ahli keluarga dan rakan rakan banyak memberikan aku sinar walaupun laluan yang aku lalui sekarang ini suram dan kabur...

Terima kasih yang tidak terhingga kepada kalian semua....
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.