Tuesday, 13 June 2006

Kalau kalianlah, kehidupan yang macam mane yang kalian kategorikan sebagai gembira? Adakah dengan memiliki harta yang bertimbun timbun akan membuatkan kalian gembira sepanjang masa? Bagi akulah, harta semata mata tidak akan menjamin apa apa sebab harta dan wang ringgit, bila2 masa boleh susut dan habis... Dari apa yang aku amati, ramai orang yang berharta ini hidup mereka tak tenang kerana sentiasa diburu kerisauan... Yelah, mereka mungkin menjadi tarikan dan perhatian orang yang berniat tak baik (seperti perompak dan pembunuh) dan sebagainya.. Jadi, kita tak boleh nak cakap bahawa banyak harta dan wang akan menjamin kegembiraan...

Aku tak pasti ape pendapat kalian, tapi aku rasa setiap apa yang kita miliki berlandaskan hukum dan hikmah yang tersendiri.. Begitu juga dengan kebahagiaan dan kegembiraan.. Jika kita ingin hidup gembira, kita perlu sedar dan tahu bahawa: -


  • Tuhan tidak menjanjikan hari hari tanpa sakit, tertawa tanpa kesedihan, matahari tanpa hujan, tetapi Dia menjanjikan kekuatan untuk hari itu, kebahagiaan untuk air mata, dan terang dalam perjalanan

  • Kekecewaan bagai "polisi tidur", ini akan melambatkan anda sedikit tetapi andalah selanjutnya akan menikmati jalan rata.

  • Teruskan melangkah

  • Ketika anda kecewa kerana tidak memperoleh apa yang anda kehendaki, terimalah hakikat dan bergembiralah, kerana Tuhan akan memikirkan sesuatu yang lebih baik untuk diri anda...

  • Saat terjadi sesuatu pada anda, baik atau buruk, pertimbangkanlah hikmah disebaliknya...

  • Ada satu maksud untuk setiap kejadian dalam kehidupan, mengajar anda bagaimana lebih sering kali tertawa atau tidak terlalu kerap menangis.

  • Anda tidak boleh memaksa seseorang mencintai anda, apa yang dapat anda lakukan hanyalah membiarkan diri anda untuk dicintai, selebihnya ada pada orang itu untuk menilai diri anda.

  • Ukuran cinta adalah saat anda mencintai tanpa batas.

  • Dalam kehidupan jarang akan anda temui seseorang yang anda cintai dan orang itu mencintai anda juga.

  • Jadi sekali anda memperoleh cinta, jangan lepaskan. Kemungkinan cinta itu tidak akan kembali lagi.

  • Lebih baik kehilangan harga diri kepada orang yang mencintai anda daripada anda kehilangan orang yang anda cintai kerana harga diri anda.

  • Kita terlalu membuang masa untuk mencari orang yang sesuai untuk dicintai atau melihat kesalahan pada orang yang telah kita cintai, seharusnya kita menyempurnakan cinta yang kita berikan.

  • Jika anda sungguh sungguh cintakan seseorang, janganlah mencari kekurangannya, jangan mencari alasan dan jangan mencari kesalahannya.

  • Malahan, anda atasi kesalahan itu, terima kekurangan itu dan jangan anda hiraukan alasan itu.

  • Jangan pernah meninggalkan rakan lama. Anda tidak akan pernah mendapat penggantinya.

  • Persahabatan adalah bagai anggur, tambah lama akan bertambah baik!

Ermm... Begitulah kiranya kalau kita ingin hidup bahagia... Tapi kadang2 sukar gak untuk kita laksanakan yang sepatutnya kita laksanakan... Itulah manusia.. Lemah dan tak kuat... Fikir fikirkan.....
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.