Tuesday, 6 June 2006

Istimewa betul hari ini.. Tahu tak kenapa? Perasan tak tarikh hari ini? 06 Jun 2006 atau ringkasnya 06.06.06... Wahh... Tarikh sebegini cuma akan berlaku sekali dalam 100 tahun ! Samalah gak dengan tarikh sebelum2 ni seperti 02.02.02, 03.03.03, 04.04.04, 05.05.05 dan sebagainya....

Certain people, tarikh sebegini memang amat istimewa bagi mereka... Aku paham sebab tarikh sebegini senang nak ingat dan dapat menimbulkan nostalgia dan lipatan sejarah dalam kehidupan seseorang... Bayangkan jika kita bertunang pada 06.06.06 dan akan melangsungkan perkahwinan pada 07.07.07 ! Kan senang dimasa hadapan bila anak2 dan cucu cicit bertanya, terus aje angka yang tersusun cantik ini akan keluar dari mulut kita... Of course la, some people akan fikir kenapa mesti pilih masa dan tarikh sebegini untuk melakar sejarah kehidupan? Tarikh lain tak boleh ke?

Sesetengah orang berpendapat bahawa tarikh sebegini mempunyai keistimewaan malah ade yang mengklasifikasikan sebagai pemberi tuah... Semua ini disebabkan kepercayaan masing2 dan semestinya negara seperti kita, ramai yang masih berfikiran sebegitu... Entahlah, aku tak boleh nak komen lebih sebab itu adalah hak masing2... Bagi aku, semua tarikh itu adalah sama dan setiap hari itu penting sebab disitulah segala titik kehidupan aku selama hayat ini bermula... Terpulanglah pada masing2 nak mencorakkan bagaimana kehidupan yang mereka mahukan...

Aku jalani kehidupan aku seperti biasa... melakukan kerja2 yang telah aku tinggalkan semalam... Petang tadi, aku ingat nak balik awal tapi memandangkan kat luar hujan lebat yang teramat sangat, aku batalkan niat aku... Terpaksalah aku stay back kat office buat ape yang patut... While mengisi masa, aku sempat gak berbual dengan rakan aku yang lain (online with YM), bertukar tukar cerita dan pendapat... Then, dah sudah.. aku call member yang lain sebab mereka nak buat discussion pasal subjek yang aku tengah belajar... Dekat kul 8.00 lebih baru aku beredar pulang kerumah; itu pun mak aku dah pesan awal2 jangan balik dulu sebab jalan depan umah aku tu ditutup sebab ade kerja2 pembaikan paip air pecah... Nak difikirkan, aku patah balik aje tapi bila tengok jalan dah mula sesak, malaslah... Aku terus aje memandu pulang... Sampai aje, kerja2 pembaikan masih tak habis lagi, so aku letak kereta aku sementara kat depan sekolah agama berhampiran ngan umah aku... Nanti bila dah clear, aku akan alihkan semula masuk kat depan umah...
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.