Friday, 16 June 2006

Hari ni memang aku sibuk giler...

Maklumlah, dah hari terakhir bekerja dalam minggu ini... Esok dah memang tak kerja... So, aku ambil kesempatan ini untuk menyiapkan apa yang patut... Tengok keadaan meja aku, memang sukar untuk digambarkan... Penuh dengan segala benda... Bagi aku, semua nie biasa dan normal.. Keje memang sampai bila pun tak habis... Kalau dah susut sikit, after few hours, bertambah balik... Tak sempat aku nak rehat... Tak sempat aku nak enjoy masa aku kat pejabat...
Sambil2 aku buat kerja tu.. aku masuk YM kejap... Tengok siapa yang singgah... Bila dah sign on tu, aku tersenyum gembira bila melihat nama yang memang aku tunggu2 selama ini muncul... Dia online rupanya hari ini... So, tanpa berlengah.. aku tegur dia dan beri salam... Seronok bila dia respon balik... Kami berborak rancak... Macam2 benda kami bualkan... Dari hal kerja sampailah ke hal peribadi... Kadang2 aku banyak berangan.. Berangan kalau2 dia akan menyimpan hasrat dan perasaan yang sama seperti aku... Yelah, kalau kita dah minat kat seseorang tu kan, of courselah kita akan sentiasa ternanti nanti response dari dia... Berdebar debar rasanya bila mesej dari dia masuk.. Takut kalau2 aku kecewa dengan jawapannya... Tapi setiap kali aku terima balasannya, aku gembira kerana semuanya positif... Alhamdulillah.. Semoga semuanya akan kekal begini selama lamanya...
Aku yang tadi sibuk terus terlupa dengan kerja2 aku.. Memang betul orang cakap, cinta dan kasih sayang banyak melekakan kita! Sebab itu kita tidak digalakkan bermain dengan cinta, hati dan perasaan kerana ianya banyak mempengaruhi perjalanan hidup kita.. Tapi entahlah, manusia biasa macam kita nie memang lemah dan tak berdaya untuk menolak rasa cinta itu... Kita sering terbuai buai dan leka dengan semua ini....
Aku berharap, berdasarkan pengalaman dan kisah silam... aku akan temui apa yang dihajati.. Dan aku berharap agar dia nie merupakan pilihanku yang tepat...
"Pergilah duka, datanglah cinta........"

0 comment:

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.