Sikap egois sememangnya tidak perlu wujud dalam konteks persahabatan kerana ia akan menghancurkan persahabatan itu sendiri. Sebaliknya kita perlu saling memahami dan percaya mempercayai antara satu sama lain. Persahabatan yang berlangsung dengan tulus ikhlas ternyata menjadi kunci terbaik dalam mengekalkan sesebuah ikatan persahabatan
Hmm.... ada benar juga kata kata diatas.. Pendapat aku, sahabat yang baik akan sentiasa berada di sisi kita di saat kita memerlukannya. Bukan masa memerlukan saja, rata rata setiap masa dalam hidup aku, aku memerlukan mereka. Yelah, sepanjang masa (kecuali masa private akulah) memang aku memerlukan sahabat. Hari hari aku keluar rumah dan pergi ke tempat kerja, aku akan berjumpa dengan sahabat2 aku di pejabat... Bertegur sapa dan bergurau senda.... Kalau sahabat aku tu jauh dimata (tapi dekat dihati.. ceewwwaahhh..) e-mel dan telefon menjadi pengganti diri... Aku akui, tanpa sahabat dunia aku akan jadi sunyi sepi.. Macam mane pulak dengan kalian ?? Setuju tak dengan aku???
Untuk mendapatkan sahabat yang baik, aku rasa... kita kene lah jadi sahabat yang baik dahulu terhadap mereka. Bukan ape, aku rasa untuk kita rapat dan ikhlas berkawan seseorang, kita kenelah perbetulkan diri kita (kalau bolehlah) sebelum kita berkawan dengan orang.. Aku percaya dengan pendapat ini sebab kalau kita masih mengekal sifat2 yang tidak disenangi orang lain, aku rasa hubungan persahabatan tu takkan kekal lama... Di sini aku nak ceritakan rahsia aku macam mane aku bersahabat dengan kengkawan aku...
- Berfikiran dan bersikap terbuka dengan sahabat - Aku percaya bahawa tidak ada persahabatan yang dibina dengan sikap yang negatif dan tertutup. Tahu tak kenape? Sebab, hanya dengan sikap dan fikiran yang terbuka sahaja seorang sahabat akan dapat mengenali sahabatnya dengan lebih mendalam. Aku selalu menasihatkan diri aku supaya bercakap dari hati ke hati sebab dengan cara ini, aku dapat mengekalkan keakraban aku dengan sahabat aku. Seorang sahabat yang baik, akan dapat menerima komen aku (provided dia pun bersikap terbuka) dan seterusnya menerima dan memperbetulkan dirinya. Bukan hanya pada dia, pada diri aku juga!
- Jangan ambil kesempatan - Seringkali aku berjumpa dengan orang yang sentiasa mengambil kesempatan. Aku tak nafikan ramai antara mereka yang jujur dan ikhlas tapi sukar untuk aku temui mereka yang benar benar berada dalam kategori ini. Well, kadang kadang kita tak boleh nak terlalu straight sangat. Nobody is perfect!. Mane yang terbaik, aku pertimbangkan. Hakikatnya, aku selalu tanamkan sifat percaya pada mereka (good impression) bila berkawan. Bila aku kenal hati budinya, semestinya aku menerima dia bukan kerana keistimewaan yang dia ada tapi atas dasar keikhlasan yang aku tanamkan dalam diri aku. Kalau dia memang sahabat yang kita mahukan, ianya bonus untuk diri kita.
- Menghargai mereka sebagai sahabat aku - Memandangkan mereka adalah teman aku yang paling akrab selain ahli keluarga, aku takkan lokek untuk menghulurkan tangan di saat dia memerlukan aku. Dalam situasi yang tertentu aku akan bertanya masalah dan menjadi teman/pendengar yang setia. Memang kita tak boleh nak selesaikan masalah yang dia hadapi, tapi bila kita mendengar ketika dia meluahkan perasaaannya, sekurang kurangnya kita dah meringankan beban dia dan mane tahu, secara tidak langsung, kita mungkin dapat memberi pendapat dan nasihat bagaimana dia boleh menyelesaikan masalah dia. Bukan itu saja, aku sentiasa menghargai apa yang telah dia lakukan untuk aku, kalau dia memberi hadiah atau sesuatu, aku tak pernah buang.. AKu simpan elok2.. Kalau korang nak tahu, kat umah aku tu dah berkotak kotak barang pemberian dari kawan2 aku, aku simpan... Sayang betul nak buang !
- Sentiasa jujur walau dalam apa jua keadaan - Kalau ada rasa tak puas hati, selalu aku akan diam dulu dan biarkan dia membetulkan keadaan. Lazimnya, memang jarang berlaku. Last2, aku akan cakap dengan dia tentang sesuatu perkara yang tidak aku disenangi. Kalau macam sesetangah orang, mereka akan tegur secara kasar.. Well, aku sebaliknya sebab aku cukup takut kalau aku tegur kawan aku, dia terus memendam rasa dan bersedih dengan apa yang aku katakan. So far, aku tak pernah le kene sebab bila bercakap, aku mementingkan perasaan orang lain berbanding perasaan aku.. Pokok pangkalnya, mane yang aku rasa tak baik, aku akan beritahu kawan aku dengan cara baik.. Serupa juga kalau aku rasakan ade sesuatu yang tak kene, macam cara dia berpakaian dan apa saja yang menampakkan dia kelihatan tidak menarik di depan orang ramai, aku akan inform dia sebab sebelum orang lain kutuk, baik aku bagitau dulu... Dalam masa yang sama, kalau dia tegur aku, its fair dan aku terima kritikan dia...
- Menerima dia seadanya - Setiap orang memang ade kekurangan dan kelebihan. Acap kali, kita sentiasa menolak seseorang sebab kekurangan yang ada pada dirinya.. Bagi aku, sahabat yang ikhlas adalah sahabat yang boleh menerima keadaan sahabatnya tanpa menuntut untuk berubah. Bukan menjadi satu masalah jika ade perbezaan antara aku dan dia sebab kita masing2 mempunyai keunikan tersendiri. Asalkan kita menghargai, ikhlas dan menerima diri dia seadanya, aku gerenti hubungan persahabatan dapat berkekalan selamanya. Lagipun kalau kita nak memilih sangat, kita sendiri pun TIDAK SEMPURNA !
- Mencari jalan penyelesaian jika berlaku konflik - Oooo.... ini amat penting bila berkawan. Kadang2 bila kita terlalu rapat, kita mungkin akan mengasari sahabat kita sama ada dengan sengaja atau tidak. Sebagai manusia, semua itu pasti akan berlaku. Biasalah bila kita berkawan, kita inginkan yang terbaik dari sahabat kita sehinggakan berlaku bermacam macam konflik. Satu cara yang aku selalu lakukan ialah dengan mengalah dengan sahabat aku dan cuba mencari jalan penyelesaian. Kat sini bukan aku tak pernah argue dengan kawan aku, yes.. argument is necessary cuma aku kawalnya supaya tidak melarat... Understanding dan give and take selalu menjadi benteng aku untuk mencapai persefahaman dengan sahabat aku.
- "Give more, expect less" - Well, hard to say.. Ramai yang jarang mempraktikkan ini sebab bagi mereka, when they doing something, they expect the same in return. Lumrah lah tu.. Tapi kalau aku, aku rasa tak salah kalau kita memberi dengan ikhlas... Afterall, dia pun kawan kita... Kenape nak berkira sangat. Yes, sometimes, ade gak limit tapi kalau dia memang sahabat yang ikhlas, aku tak kisah sangat sebab aku percaya, bila kita buat baik kat orang, kita akan menerima ganjaran yang amat besar!