Sunday, 26 November 2006

Photobucket - Video and Image Hosting
Perhatian kepada semua pembaca blog aku... Berkuatkuasa serta merta, blog ini akan ditutup SEKETIKA bagi memberi laluan kepada kerja kerja membaikpulih/membina/menyelenggara dan mencantikkan hiasan dan rupa bentuk (layout) utama laman... Oleh itu, tiada nukilan akan dicoretkan dan aku akan kembali giat menulis apabila semua kerja kerja selesai... Tempoh ini akan berakhir selewat lewatnya penghujung tahun ini.. Sekian, harap maklum...
Pemilik
merangkap Penulis Blog

Friday, 24 November 2006

Lega rasanya bila semuanya sudah selesai... Sejak dua hari yang lepas, aku banyak bergerak kesana kesini menyelesaikan macam macam perkara dan hal yang tertunggak... Penat dan letih... Tidur pun dah tak betul... Lewat malam, baru mata boleh pejam... Pastu, awal pagi dah terjaga semula... Adakalanya, kepala sampai pening... Ape boleh buat, begitulah kehidupan aku hari hari ini... Aku cuma boleh rehat pada hari Sabtu dan Ahad saja... Itupun bergantung kepada keadaan... Kalau ada majlis @ program, lagilah aku tak boleh nak rehat sangat... Contohnya macam hari ini... Aku telah ditugaskan untuk menguruskan seminar berkaitan dengan department aku... Yelah, company aku tengah sibuk dengan merger dan sebagainya, so Head of Department nak buat briefing dan sesi suai kenal dengan staff2 dari MNI dan Takaful Nasional... Untuk merealisasikan tujuan ini, seminar telah dirancang dan diadakan... Ground work memang dah lama dah dibuat... Cuma semalam dan hari ini adalah hari pembentangan isi kandungan dari semua ketua bahagian kepada staff2 yang terlibat... Dulu department aku cuma ada dalam 35 orang saja tapi selepas merger, jumlahnya meningkat hampir 2 kali ganda kepada 110 orang!! Waduhhh.... Ramai tu !...
Photobucket - Video and Image Hosting
Kertas kerja yang aku siapkan untuk briefing kali ini...
Anyway, padanlah Head of Department tu nak buat briefing sebab kalau nak panggil sorang2 untuk explain dan brief, alamatnya sampai 2, 3 tahun pun takkan habis... Pulak tu, masa memang agak kritikal sebab next month dah nak masuk tahun baru; kami pulak akan berpindah lokasi... Banyak perkara yang hendak diuruskan... Untuk mengelakkan daripada tertangguh, perancangan teliti telah dibuat dan dilaksanakan... Bagus jugaklah start awal, at least tak delah kelam kabut bila tiba masanya... Semalam dan hari ini, aku jadi pengerusi majlis untuk briefing tu... First time aku berada dihadapan rostrum mengelola majlis... Well, sebelum ni aku pernah lah jugak handle majlis tapi kebanyakkan majlis tidak formal... Belum pernah aku handle majlis yang berprotokol nih... Big boss dan CEO pun hadir sama... So, hendak tak nak, kenalah buat betul2... Bila dah sudah tu, aku rasa lega yang teramat sangat... Syukur, alhamdulillah semuanya selesai tanpa aku menghadapi sebarang masalah... Dalam masa yang sama, aku mengenali ramai rakan2 seperjuangan dari MNI dan Takaful Nasional... Mereka semuanya OK dan tak sabar sabar untuk berpindah dan bekerja dibawah satu bumbung... Untuk mereka, selamat datang ke Kumpulan Maybank dan selamat bekerjasama...

Tuesday, 21 November 2006

Assalamualaikum... Bulan Syawal ni, murah betul rezeki aku... Alhamdulillah... Ada saja jemputan rumah terbuka dan jamuan Raya... Hari ini, syarikat aku ade buat jamuan Raya besar besaran... Cukup meriah sekali... Majlis diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) bermula jam 12.00 tengahari sampaila ke tengah malam... Seperti tahun yang lepas, majlis kali ini agak simple sikit... Cuma yang lainnya, dulu tak de persembahan artis, tapi kali ini ada persembahan... Artis jemputan kali ini merupakan sifu dalam bidang nyanyian dan muzik... Siapa lagi kalau bukan M. Nasir!! Best gak persembahan dia... Dah sudah tu, ade Misha Omar... Yang tu, aku tak sempat tengok... Dah kene balik ke office sebab waktu dah abis... Kalau ikutkan hati, nak aje aku duduk situ lama lama... Tapi ape boleh buat... Tak pelah... Majlis tahun lepas, aku yang handle... Bajet pun tak banyak, tapi still meriah gak... Aku banyak buat 'charity' tahun lepas... Ade lucky draw... Hadiah pun bukan calang calang... Ade DVD player, MP3 player, camera digital dan sebagainya... Majlis kali ini cuma ada makanan dan persembahan artis... Ermm.. As usual lah... Lain orang, lain cara membuatnye kan... Oklah, kalian tengok le gambar2 ni... Aku nak masuk tidur... Mata dah mengantuk!
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting

Monday, 20 November 2006

Alhamdulillah... Aku bersyukur kerana akhirnya, tercapai juga harapan dan cita cita aku nak berpuasa sunat Syawal selama 6 hari... Hari ini, lengkap sudah 6 hari puasa aku... Walaupun sebelum ini, banyak dugaan yang datang, aku berjaya juga tunaikan apa yang aku hajati... Yes, to some people, puasa ini cuma puasa sunat... Bukan sesuatu yang harus aku lakukan... Tapi jika aku dah berniat, tak elok kalau aku tak buat... Sekarang, aku tinggal nak buat puasa sunat satu lagi iaitu untuk membayar nazar aku... Dulu, masa aku tengah belajar, aku ade bernazar... Bila aku dah habis kelas dan aku lulus dengan cemerlang, aku akan berpuasa... Satu matapelajaran yang aku dapat "distinction", aku akan berpuasa selama sehari... So, aku ade 5 matapelajaran... Jadi 5 hari lah aku akan berpuasa... Insya Allah, mungkin lepas ni kot... Jika tiada halangan...

Saturday, 18 November 2006

Bila kita bercakap soal CINTA, pasti kita akan fikir tentang hati dan perasaan... Begitulah juga kalau topik NAFSU diketengahkan... Pasti ada diantara kita akan terfikir tentang perasaan halus yang terbit dari hati atau keinginan untuk sesuatu (biasanya yang dapat memuaskan hati kita)... Today, aku keluar dan jumpa dengan member baik aku... Katanya, ada perkara penting yang ingin dibincangkan... Sounds really serious... I wonder, what is going on? Dia OK kah? Sakit kah, atau ditimpa masalah???... Otakku ligat berfikir... Sememangnya fikiran aku melayang dan teringat perkara yang bukan bukan... Biasalah aku, a man with curiosity... Heheheheeee... Seperti yang dijanjikan, kami menghabiskan waktu petang bersantai di beranda rumah... Tempat yang paling sesuai untuk menghirup teh dan menikmati juadah minum petang... Suasana agak nyaman dan tenteram dan petang kami bermula dengan pelbagai cerita menarik... Mengenai tempat kerja, mengenai keluarga... Kisah kawan kawan dan orang disekeliling sehinggalah ke hal hal peribadi... Aku agak terkejut bila member aku mula bercerita tentang hal CINTA... Topik yang jarang dibincangkan dengan orang lain... Bagi aku, kisah CINTA adalah kisah peribadi dan cuma certain certain people aje yang boleh mengetahui tentangnya... Yes, mungkin dengan kawan baik, kita boleh bercerita tentang cinta tapi adakalanya kita kena berhati hati sebab sebagai manusia, tidak semua diantara kita yang ikhlas untuk mendengar cerita CINTA kita... Takut silap haribulan, kepoh pulak satu kampung kisah CINTA kita dijaja... Susah kalau hati dah suka... Buatlah macam mane sekalipun, jika kita nak, kita mesti hendak dapatkannya... Cerita kawan aku ini berkisar tentang keinginannya untuk memiliki apa yang dihajati hati... Memang lumrah, jika hati dah suka, buat apa nak tunggu lama? Go ahead ajelah... Aku pesan kepadanya (kawan baik aku), jika benda baik, eloklah tu... Pastinya kedua orang tua pun tidak akan menghalang... Lagipun, usia dah semakin meningkat... Bila lagi nak berumah tangga? Cewahh... Aku bercakap seperti aku ni orang yang berpengalaman lak... Aku, kawin pun belum, senang2 aje nak nasihatkan orang... Hehhehhee.. Tapi sebagai kawan rapat, aku rasa tidak salah jika aku memberitahu dan mengingatkan dia kan... At least, aku dapat membantu dirinya untuk membuat keputusan... Apa yang tak syoknya, pilihan hatinya itu bukannya serius untuk menjalinkan hubungan dengannya... Apa yang dia lakukan selama ini adalah sekadar untuk mengisi kekosongan dalam hidupnya saja... Kawan baik aku sendiri yang bagitahu bahawa ramai kawan2 sepejabat sudah menasihati dirinya tentang siapa sebenarnya insan yang diminatinya itu... Jelas, dia bukanlah dari golongan yang jujur dan setia... Bagi kawan aku, memang sukar untuk menolak kerana dia seorang yang memenuhi citarasa insan yang dicarinya selama ini... Berpewatakan menarik, bijak, berketrampilan dan sebagainya... Dengan hati yang agak berat, aku cuba menyatakan pendapat dan pendirianku tentang apa yang telah diceritakan... Bagi aku, orang sebeginilah yang harus dielakkan dalam menjalinkan hubungan sebab mereka akan membuat diri dan hidup kita merana... Apalah gunanya ciri2 yang menarik kerana itu adalah pada zahirnya saja... Sesuatu yang tidak akan kekal lama... Namun, semua ini sukar untuk aku sampaikan kepada kawan baik aku kerana bila hati dah suka dan sayang, semua yang buruk akan jadi baik, yang pahit akan jadi manis dan sebagainya... Pokoknya, jika hati tidak kuat, kita akan terus hanyut dibuai nafsu yang sentiasa bermaharajalela... Aku cuma berdoa akan kawan baik aku diberikan petunjuk dariNya... Semoga dia akan beroleh kebahagian dengan jalan yang dipilihnya...

Saturday, 11 November 2006

Manusia hari ini suka bersangka - sangka Ada sangkaan yang baik... ada sangkaan yang buruk...
Orang beribadah disangka riak Orang yang relax disangka malas Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk - nunjuk Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina) Orang yang makan banyak disangka pelahap Orang yang makan sikit disangka diet Orang baik disangka buruk Orang buruk disangka baik Orang senyum disangka mengejek Orang masam disangka merajuk Orang bermuzakarah disangka mengumpat Orang diam disangka menyendiri Orang menawan disangka pakai susuk dan buat suntikan 'botox' Orang nampak ceria disangka membela
Mana tahu, yang diam itu kerana sedang berzikir kepada Allah... Mana tahu, yang senyum itu kerana bersedekah... Mana tahu, yang masam itu sedang mengenangkan dosa dan kesalahan... Mana tahu, yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya... Mana tahu, yang ceria itu kerana cergas pemikirannya... Jauhi sikap bersangka - sangka kerana ia bakal merosakkan dan memusnahkan ukhwah seperti musnahnya kayu yang dimakan api... Sesuatu benda yang kita lihat, macam macam kesimpulan yang boleh kita buat. Semuanya bergantung bagaimana kita melihat dan mentafsirnya Sumber : Rie Online (www.rieonline.netfirms.com)

Friday, 10 November 2006

Men 1. All men are extremely busy. 2. Although they are so busy, they still have time for women. 3. Although they have time for women, they don't really care for them. 4. Although they don't really care for them, they always have one around. 5. Although they always have one around them, they always try their luck with others. 6. Although they try their luck with others, they get really pissed off if the woman leaves them. 7. Although the woman leaves them they still don't learn from their mistakes and still try their luck with others! Women 1. The most important thing for a woman is financial security. 2. Although this is so important, they still go out and buy expensive clothes and stuff. 3. Although they always buy expensive clothes, they will still say that they never have something to wear! 4. Although they never have something to wear, they always dress beautifully. 5. Although they always dress beautifully, you hardly care. 6. Although you hardly care, they still expect you to compliment them. 7. Although they expect you to compliment them, when you do, they don't believe you!

Wednesday, 8 November 2006

Assalamualaikum... Kelihatan ramai yang memakai baju kurung/kebaya warna warni bila datang ke office hari ini... Rasa seronok dan cantik!... Walaupun hari ini sudah masuk hari ke - 16 bulan Syawal (waduh, dah setengah bulan dah ye kita beraya), namun suasana dan kemeriahan raya tu tetap dirasai... Ni semua gara gara aku dan kawan2 aku yang memang giler nak beraya... Balas dendam lah konon sebab tak dapat gie beraya umah orang... Heheheheeeee....
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Hari ini, department aku buat jamuan raya... Alah, bukan kami engage caterer ke ape, potluck aje... Tu je yang mampu (rendah diri la konon)... Heheheeee... Tapi yang kelakau nye, potluck2 pun, bila dah kumpul2, mak aiihhh... terkejut aku! Punye lah banyak makanan... Dah macam makan kat hotel dah... Aku ingatkan kalau potluck nie, respon mesti kureng punye... Biasalah, dah ramai dok kat bandar, semua malas masak... Semua pakai tunjuk2 aje...
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Gitulah, memang banyak sangat makanan... Dari yang simple2 sampailah yang susah2... Dari dessert sampailah ke main course... Betapa meriahnya meja hidangan kat office aku nih... Aku dapat lihat masing2 sudah mula mengangkat dan meletakkan juadah mereka diatas meja... Ada yang aku tak pernah/tak suruh bawak pun dia orang bawak sekali... So, kira lengkaplah segala juadah... Cuma yang tak de ialah kuih raya aje... Masing2 asyik fikirkan apa yang hendak dimakan, sampai terlupa nak bawa kuih raya... But its OK sebab kemeriahan tu tetap ada....
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Aku sebenarnya nak bawa lontong (nasi impit dan kuah lodeh) tapi memandangkan member yang sorang lagi tu nak bawak, aku terpaksa cancel dan cari menu lain... Last2 aku decide nak bawa nasi dagang... Ape lagi, orang dari Pantai Timur tersenyum lebar bila dapat tahu antara menu utama ialah nasi dagang... Menu ni, bukan aku yang masak... Aku tempah aje sebab aku memang tak tahu nak buat... Yang penting, aku dapat sajikan menu ni khas untuk kawan2 aku kat office nih...
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Majlis berjalan lancar tanpa sebarang masalah... Yang paling best, boss mat salleh aku tu pun ade sekali dan dia hadir dengan berbaju Melayu warna hijau... Aku tak sangka yang dia agak sporting mengenakan pakaian tradisi Melayu itu... Setengah orang, tak nak pakai... Tapi dia cam OK aje... Lengkap dengan sampin! Aku terfikir, macam mane lah agaknya dia ikat sampin tu ye ??? Musykil gak aku.... Heheheheheeeeee.....

Saturday, 4 November 2006

Hari ini, aku ada banyak jemputan "open house" dari kalangan member2 aku... Minggu nie lak, ramai orang dah ada kat rumah masing masing selepas pulang berhari raya dikampung minggu lepas... Kiranya, hari ini akan banyaklah pemilik rumah membuka rumah mereka untuk dikunjungi sanak saudara dan rakan taulan...

Begitu meriah sekali bila tiba musim perayaan... Beginilah kehidupan di Malaysia... Tidak seperti negara lain... Susah kita nak jumpa budaya dan adat resam begini... Betul lah kata pepatah, "hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, baik lagi negeri sendiri"... Aku memang menyokong 100% bidalan Melayu lama ini kerana macam aku, walau sejauh mana pun aku pergi, aku tetap akan pulang ke Malaysia juga... Aku tetap akan tinggal di Malaysia, tanah tumpah darahku... Tidak mungkin aku dapat lupakan nasi lemak dan sambal ikan bilis... all those ulam ulam dan juga segala jenis sambal termasuklah sambal belacan... Mana nak cari semua ni kalau tak kat Malaysia??...

Bercakap mengenai ini, aku rasa hairan kat sesetengah rakyat Malaysia... Terlalu menganggungkan budaya luar especially budaya barat... Entah apa yang best sangat, aku pun tak tahu... Aku tak nafikan memang ada certain things about them yang bagus... Tapi bukan 100% bagus... Banyak jugak yang tak baik dan tak bagus... Aku kadang2 kurang berkenan dengan semua ini tapi apakan daya, aku pun tak boleh nak elak... Kadang2 tu hanyut jugak... Anyway, aku tetap aku... Budaya ketimuran tetap kekal dan kuat... Masih lagi suka lagu irama asli dan lagu2 Melayu... No doubt, sekarang lagu omputih sedap2 tapi aku tetap akan dengar lagu Melayu gak... Bagi aku, bahasa omputih nie sebagai alternate language aje... It will never be my first one...

Berbalik pada cerita raya dan rumah terbuka nih, pagi2 lagi aku dah bersiap untuk keluar... Tetiba, ada orang datang umah aku lak... Kenelah layan kejap... Yelah, tetamu ada, takkan nak cabut macam tu aje... Pulak tu, orang yang aku kenal lak tu... Segan aku... Dah tengahari masuk ke petang, baru aku start berjalan... Destinasi pertama ke Bangsar, umah kawan sekelas aku dulu masa buat Diploma Insuran... Sebelum tu, sempat pick up akak sorang ni kat Greenwood angkut bawak ke rumah member aku nih... So, kami gerak dari situlah... Aku dok kat umah member ni boleh tahan lama jugak... Melantak mee soto, roti jala dan nasik impit... Heheheeee... Sampai dah nak abisla makan tu aku dan akak sorang ni kerja kan... Maklumlah, dari pagi tak sempat jamah ape2... Asyik layan orang datang je...

Dah sudah tu, kita orang gerak ke rumah member satu department ngan aku kat Kampung Kerdas, Gombak... Haa.. dia nie memang dah rancang buat open house besar besaran... So, macam2 menulah dia buat... Siap ada dessert lagi tuh... Fuhhh... Complete set! Solute aku beb... Anyway, makan punye makan, sampai dah tak larat dah nak masuk... Kembung perut aku dengan segala benda... Nasik la.. mee soto la... roti jala lah... sagu gula melaka lah... ntah ape lagi tah... Semua benda aku hentam... Ikut planning, ade satu rumah lagi nak kene pergi nih... Adooiiiii... pengsan aku! Jangan nanti aku terbongkang kat sofa cukuplah...

Sampai umah yang last, dah Maghrib... Hujan lak tu kat luar... Aku solat dan relax kejap... Bagi turun/hadam dulu segala makanan tadi... Rumah last ni pulak masak makanan yang heavy2 lak tu... Macam set dinner aje... Spagetti bolognese dan mee kari!... Mak aihhh... Aku ni kalau sumbat gak ni, dah macam membela dah nih... Konon2 nak makan sikit lah, last2 senduk punye senduk, penuh sepinggan! Heheheheee... Nasib baik boleh habis... Kalau kecik hati tuan rumah...
Itulah kalau dah open house sekali gus... Kerja aku, mengerjakan makanan orang... Memang tak nak makan banyak, tapi bila tengok hidangan atas meja, tangan lak tak nak berhenti menyenduk dan mengambil... Gatal betul lah tangan aku nihhh...

Gitulah citer open house yang aku pergi kali ini... Macam2 lah aku ni... Yang bestnye kali ini, aku dapat jumpa ngan 'anak angkat' aku... Heheheee.. Korang ingat lagi tak "Baby Aqil"? Alah, baby yang pernah keluar entry aku sebelum nih... Yang lahir tak cukup bulan tu? Haa.. jangan korang tak tahu... Dia dah besau dah... Comel gilerrr!! Bila jumpa dia, aku geram sangat tengok pipi dia yang menggelebeh tu... Rasa nak cium2 aje; tapi tak boleh sebab hidung aku berminyak... Nanti comot lak si Aqil tu... Aku agah2, dia gelak... Terus aku amik dah dukung bawak jalan keliling... Mak aihhh... Berat !!!!!!! Lenguh gak le nak dukung si Aqil nih.... Heheheheheeeeee..

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Friday, 3 November 2006

Semalam, aku masuk laman MySpace aku... Ingat nak go through segala mail dan pesanan dari rakan2...

Terkejut aku sekejap bila aku dapat satu mesej dari sorang mamat ni... Maki hamun aku kow kow punye... Dari gaya bahasa, memang dia mengamuk betul kat aku... Segala jenis perkataan yang tak sedap dibaca dan dengar dia taip dalam mesej tu... Aku rasa menyampah dan bengang gak lah... Entah ape yang dia marah sangat kat aku ni pun aku tak tahu...

Aku go through mesej dia... Rupa -rupanya dia marah sebab aku antar mesej kat awek dia... Aku pun mane la tahu itu awek dia... Yang aku tahu, semua kenalan yang aku approach dalam MySpace ni single... Aku tak mesej kat orang yang sudah berpunya/bini orang... Profile minah tu pun tulis single, aku pun antar le mesej...

Tiba2 lak mamat ni gie serang aku... Macam pompuan lak mamat ni nak serang dan mengamuk... Aku pun malas nak layan dan buat tak tahu aje... Lantaklah, aku bukannye nyusahkan orang... Aku masuk MySpace pun sekadar nak berkawan... So far semua kengkawan aku dalam MySpace nie tak de lak nak lebih2 ngan aku... Ok aje semua...

Aku perasan, semua nota dan komen yang aku antar kat minah ni dah di delete... Aku tak pasti sama ada minah ni yang delete ke, atau terpaksa delete ke atau mamat sewel ni yang delete kan... Pada mulanya, minah ni welcome aku as a friend dan minta aku komen banyak2 kat profile dia... dah jadi macam ni, terus senyap lak... Aku pun malas nak fikir perkara bodoh macam ni, terus aku remove minah ni dari list kawan kawan aku... Aku malas nak panjang cerita... Niat aku ikhlas dan kalau dah orang lain salah tafsir, aku tak leh nak cakap ape...

Semoga dia berbahagia dengan balak dia tu....

Tuesday, 31 October 2006

Orang selalu cakap, bila kita inginkan sesuatu, tidak semestinya kita akan dapat...

Aku fikir2 balik, adakalanya memang betul apa diperkatakan... Aku berkata begini sebab memang ianya terjadi kat aku... Kalau ikutkan hati, malas aku nak memikirkannya... Tapi bila aku cuba untuk lupakannya, rasa payah sangat... Semenjak dua menjak ni aku asyik teringat ingat aje... Seolah olah ianya menghantui pemikiranku... Tak tahulah, mungkin jika aku tak dapat dan tak selesaikan perkara ni, aku akan terkilan dan menyesal di kemudian hari... Benda ni pun bukan benda kecil, melibatkan banyak orang...

Kadang2 aku rasa buntu untuk mencari jalan penyelesaian... Rasa macam susah sangat... Tah, tak tahu kenapa sekarang ini aku rasa macam payah sungguh... Rasa macam aku akan menghadapi satu halangan yang banyak rintangan... Rasa give up pun ye gak... Mana taknya, aku perlukan support dari orang tertentu, dia orang lak buat hal dan turn me down... Rasa sedih dan kesal sangat... Itulah, kita tak boleh mengharap 100% sangat kat orang... Kalau terlalu mengharap sangat, inilah jadinya... Kita pun tak tahu perangai orang... Macam orang tua tua cakap, "rambut sama hitam, tapi hati lain lain"... Aku akan sentiasa ingat pepatah ini sampai bila bila...

Walau macam mana pun, aku akan cuba sedaya upaya aku untuk leraikan apa yang kusut dalam fikiran aku ni... Insya Allah... Sekarang aku banyak berdoa pada Allah supaya diberikan petunjuk supaya semua ini dapat diselesaikan... Aku tidak mahu menyinggung hati dan perasaan sesiapa dan dalam masa yang sama, kekusutan yang melanda akan terlerai...

Doakan aku...

Monday, 30 October 2006

Walaupun hampir seminggu kita menyambut Syawal, namun kegembiraan dan keseronokan masih lagi terasa... Aku rasa macam baru semalam saja aku bertakbir di masjid menyebut nama Allah SWT dan memuji kebesaranNya... Laungan "Allahuakhbar" berkali kali banyak menimbulkan kesedaran dan rasa insaf didalam diri ini mengenangkan betapa kecil dan kerdilnya aku disisiNya... Aku teringat akan apa yang telah aku lakukan selama ini, apa yang diperoleh dan apa yang aku terlepas... Banyak betul perkara yang berlaku tahun ini... Bermacam macam dugaan yang aku harungi, namun aku tetap bersyukur dengan apa yang aku kecapi...

Hari ini, aku masih lagi dalam mode bercuti, bergembira dan menikmati setiap hari cutiku... Dah lama dah aku tak bercuti panjang begini... Selalu aku asyik sibuk bekerja sehingga aku tidak punyai masa untuk diriku sendiri... Kali ini, aku berpeluang untuk 'memanjakan' diriku, melakukan apa yang aku ingin aku lakukan selama ini... Kadang2 rasa macam malas aje nak masuk bekerja semula hari Khamis ni... Malas betul nak mengadap segala kerja2 atas meja pejabat tu... Aku agak agak, mesti In-Tray aku tu penuh dengan dokumen... Ermm... Silap2 meja aku pun tak nampak agaknya sebab cuti panjang ni, mesti boss aku dah letak macam2 atas meja aku... Ahh.. Lantaklah, aku tengah bercuti sekarang... Aku tak nak fikir pasal kerja...

Sat lagi, kawan mak nak datang rumah beraya... Alah, ade makcik yang duduk kat area rumah aku gak... Sekampung ngan mak... Selalunya, hari raya keempat atau kelima, dia dah datang raya... Tapi tahun ni terlambat sikit sebab dia sibuk berniaga... Takde masa kot... Tu yang hari ini baru ade kesempatan jalan beraya...

Hari ini pun, sekolah dah dibuka semula... Rasa macam cepat sangat sekolah bukak... Apasal yek? Aku rasa macam baru aje raya, takkan sekolah dah bukak dah... Bila sekolah dah bukak ni, nampaknya sunyi baliklah area kawasan rumah aku... Selalunya memang riuh rendah dengan budak2... Semalam aje ade sekumpulan bebudak datang beraya rumah aku... Ermm, as usual, sorang pun aku tak kenal... Tah budak dari mane tah... Aku layan gak... Heheheheeee... So, start minggu ni, beransur ansur kuranglah orang datang beraya... Dan bermula minggu ini juga, akan banyaklah orang buat 'open house' sebab semuanya dah kembali rumah masing masing selepas seminggu beraya dikampung... Aku dapat berita semalam jalan masuk ke Kuala Lumpur semuanya sesak! Baik dari Utara, Selatan mahupun dari Pantai Timur... Kesian to all those drivers... Nasib baik aku tak de kampung... Ade hikmah jugak... Heheheheeee...

Haa... ade sesiapa nak buat open house? Aku nak datang nih... Eee... muke tak malunye aku... :-)

Saturday, 28 October 2006

Assalamualaikum...

Jika sebelum ini semua makcik2 dan pakcik2 aku dah datang rumah, kini tiba giliran aku dan keluarga pulak bertandang kerumah dia orang... Makcik aku yang kat Semenyih tu dah banyak kali dah bagi signal kat aku suruh datang rumah dia... Insya Allah, memandangkan tahun ini aku cuti panjang (5 hari bermula hari Isnin, 23.10.2006 sampailah Rabu, 01.11.2006) maka sempatlah aku meluangkan masa singgah rumah baru dia tu...

Photobucket - Video and Image Hosting

Makcik aku ni duduk satu kawasan dengan kawan baik aku tu... Cuma jalan dan fasa yang berbeza... Kawan baik aku tu Fasa 3, makcik aku lak Fasa 2... Kebetulan, sepupu aku (anak Pak Long aku) pun beli rumah berdekatan dengan dia orang gak... Menyusul makcik aku yang sorang lagi... Kira dalam kawasan tu, memang ramailah saudara mara aku... Next time, bila nak datang raye, senang sikit... Tak perlu nak kene drive jauh2 melawat dia orang...

Photobucket - Video and Image Hosting

Pagi pagi lagi makcik aku dah call remind aku suruh datang rumah dia... Memang aku tak lupa pun... Tengahari sikit, lepas Zohor aku bertolak satu kereta... Sampai kat umah dia lebih kurang pukul 2 petang... Lepak2 dan makan2... Lepas tu terus aku pergi beraya kerumah sepupu aku lak... Dia orang semua dah standby dah dari awal... So, bila kami datang tu, tinggal nak hidang aje... Pak Su aku dari Gombak pun datang sekali... Meriahlah gak rumah dia orang hari ini... Riuh rendah dengan budak budak...

Photobucket - Video and Image Hosting

And then, lepas aku dah raya rumah sepupu aku, on the way tu aku heret mak dan adik beradik aku kerumah kawan baik aku... Walaupun aku dah raya rumah dia hari tu, tapi hari ini mak kawan baik aku tu suruh bawa mak aku datang kerumahnya... Kalau dulu duduk dekat, memang susah sangat nak datang, la ni aku tak kira... dah sampai sini, aku heretlah dia sekali... Mak kawan baik aku ni pun dah macam mak aku... Ape2 hal pun dia carik aku gak...

Photobucket - Video and Image Hosting

Petang dalam pukul 6 cam tu, kami konvoi kerumah sepupu abah lak kat Langat... Adoiii, berjalan sakan aku hari ini... Dari Semenyih, boleh tahan jauhnye... Lalu kat jalan nak ke Kuala Klawang sana... Melewati kawasan kampung di Ulu Semenyih berhampiran Semenyih dam sana... Ikut trunk road... Tapi OKlah gak, jalan tak jam... Kalau ikut pekan Semenyih dan keluar kat Cheras sana, memang sampai tengah malam la aku tak sampai Langat... Ikut jalan kampung ni cepat sikit walaupun jauh... Suasana pun tenang dan damai! View memang aku tak leh nak kata ape, memang kalau kepala tengah kusut, datang aje kat sini... Sure fikiran akan jadi tenang!

Photobucket - Video and Image Hosting

Lepas solat Isyak, baru aku bertolak pulang ke KL... On the way hujan dah mula turun renyai2... Seronok aku hari ini... Makan sampai tak ingat dunia... Semua benda masuk dalam perut... Dari gulai lemak nangka, mee goreng, mee tomyam sampaila ke nasi ayam.... Semua benda aku bedal... Kenyang betul... Ni pun kenyang tak reda lagi ni... Mata lak dah berat...

Oklah, aku dah nak masuk tidur... Nasib baik aku dah Isyak kat Masjid Batu 18 tadi... Kalau tak, rasa berat aje badan ni nak sembahyang... Heheheheeeeee..

Wednesday, 25 October 2006

Assalamualaikum...

Hari ini, dah 2 hari raya dah kita ye... Betapa cepatnya masa berlalu... Aku rasa macam baru semalam saja aku mula bercuti... Rasa tidak puas untuk aku menikmati hari pertama Aidilfitri tahun ini...

Semalam, selepas sembahyang sunat Aidilfitri, aku terus pulang kerumah... Selalu bila sembahyang raya, aku dan dua lagi rakan aku akan ikut sekali... Memang menjadi rutin setiap pagi raya untuk bersembahyang bersama... Tapi tahun ni lain sikit... Kawan baik aku yang sorang tu dah pindah rumah kat Semenyih, jadi dia sembahyang raya kat sana saja dan sorang lagi tu dah pulang ke kampung halamannya di Penang... Jadi, tinggal aku seorang kat KL ni... Tak pe, aku tak kisah dan faham... Aku masih lagi boleh bersembahyang berseorangan... Tambahan lak, kat masjid tu ramai orang... Aku ke sana (masjid) pun sebab nak pergi sembahyang dan bukan nak buat apa apa pun...

Photobucket - Video and Image Hosting

Hari pertama memang ramai orang datang kerumah... Maklumlah, kawasan rumah aku ni kira kawasan kampung... Banyak rumah... And then, kat area rumah aku ni ada kawasan perkuburan (Perkuburan Islam Kampung Puah)... So, ramailah yang berkunjung menziarah pusara keluarga masing2... Kalian bayangkanlah, every year jalan utama nak masuk kerumah aku memang sesak! Sesak giler sebab org menziarahi tanah perkuburan dan letak kereta ditepi tepi jalan... Sampai petang pun belum tentu reda... Selalunya aku memang tak keluar kemana mana pada hari raya pertama sebab jalan jam... Aku lebih senang duduk dirumah melayan tetamu yang datang... Kebanyakkannye budak2 kecil lah... Ade yang aku kenal, ade yang tah datang dari mana tah... Anyway, hari raya... Aku layan ajelah...
Photobucket - Video and Image Hosting

Bila tengok budak2 nie, sekali lagi aku teringat masa aku kecik2 dulu... Macam tulah aku... Gie jalan beraya kerumah orang yang aku sendiri tak kenal... Pergi pun sebab nak collect duit raya... Dari hulu sampailah ke hilir Kampung Puah nie aku jalan dan adakalanya sampai ke Kampung Chubadak, Sentul sana... Jauh berjalan tu tau! Kalau orang yang berisi, mau kurus!.. Hehehehehee... Entah rumah siapa tah, aku dan kawan2 main redah aje.... Dari pagi membawa ke petang... Dekat nak Maghrib, baru balik.... Esok, raya kedua sambung lagi... Heheheheheheeeee... Pernah sekali terketuk pintu rumah orang Cina... Nasib baik orang tu tak de kat rumah... Kalau tak, tak tahulah aku nak jawab cam mane.... Muka tak malu betul aku ni... Heheheheheheeeeee...
Photobucket - Video and Image Hosting

Dah balik rumah, tengah malam aku sibuk mengira duit raya... Kira punye kira, banyak gaklah... Ada sekali tu sampai mencecah RM100!! Dulu kalau orang bagi duit raye 20 sen, kira banyak dah tu... Kalau 10 bijik rumah, dah berapa dah... Selalu dulu aku dapat 50 sen ke RM1 cam tulah... Dulu duit raya RM1 dia orang bagi dalam bentuk syiling emas (sekarang dah tak de sebab dah dimansuhkan dan diganti dengan note kertas)... So, bila jalan memang nampak kembung aje poket baju melayu tu... Menggelebeh sebab berat!.. Heheheheheeeeee....
Photobucket - Video and Image Hosting

Gitulah pengalaman aku masa kecik2 dulu... Sekarang, dah besau panjang ni dah tak de dah... Tiba giliran aku lak memberi duit raya pada sepupu dan adik beradik aku... Tak delah banyak, adelah sikit sikit... Petang tadi, makcik dan pakcik aku datang rumah... Ada 4 keluarga semuanya... Sarat dan penuh rumah aku dengan saudara mara dan sepupu... Sampai tak de tempat nak duduk... Makan pun terpaksa bergilir gilir... Sian dia orang... Nantilah, bila aku beli rumah baru nanti, aku pastikan rumah aku tu besar... Boleh sumbat banyak orang dalam satu masa...
Photobucket - Video and Image Hosting

Itulah aktiviti seharian aku semalam dan hari ini... Melayan tetamu yang datang... Penat tu memang penat tapi aku rasa happy sebab dapat berkumpul satu keluarga kat rumah aku... Datuk dan nenek belah abah memang dah lama tak de.... Tinggal makcik dan pakcik aje... Belah mak ada nenek tapi nun jauh diseberang sana... Entah bila boleh datang sini beraya, aku pun tak tahu... So, aku ambil kesempatan ini untuk beramah mesra dan berbual dengan mereka semua...

Haa... Kalian semua bila nak datang raya rumah aku???
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.